Syukurlah…

15Nov06

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR…

1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam,kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar,
kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat,
kerana itu bermakna kita cukup makan.

5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran,
kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10.Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…

Have A Wonderful Day!!!

fi aman illah

Sumber : milist tetangga esqway_165



2 Responses to “Syukurlah…”

  1. 1 Sudarnoko ( Eko )

    Assalammualaikum . . .

    Dengan bersyukur maka insyaAllah qita akan selalu mengingat siapa yang memberi qita hidup,
    Allah selalu dan selalu memberikan nikmat-nikmatnya kepada qita semua mahluk yang diciptkan akan tetapi kita sering lupa dengan apa yang sudah kita nikmati, Subhanaollah . . . .

    Wssalam . . .
    Esq yes

    Eko
    Bontang, Kalimantan timur

  2. Waalaikum salam Pak eko.
    Iya pak, nikmat insya Allah akan kita dapatkan.
    ESQ Go..


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s


%d blogger menyukai ini: